Sunday 8 September 2013

Memilih-milih Antara Mazhab

Hai ikhwan sekalian di sini saya ingin menerangkan kepada ikhwan - ikwan sekalian tentang memilih - milih antara mazhab/ mengikuti pendapat mazhab dari berbagai imam mujtahid.

Soalan yang timbul di sini adalah: Bolehkan seseorang itu dalam sebahagian masalah mengikut pendapat mazhab asalnya dan dalam sebahagian masalah lain mengikut mazhab yang lain ? Bolehkan dia memilih-milih dan mencampur-aduk antara beberapa mazhab fiqh Islam ?Memilih-milih antara mazhab, sama ada seluruhnya atau sebahagiannya dinamakan talfiq. Dari sudut bahasa talfiq bererti:
Menyamakan atau merapatkan dua hujung barang yang berbeda atau membubuhkan atau menambahkan yang dipergunakan untuk suatu berita atau cerita.

Ensiklopidi Islam menerangkan beberapa maksud talfiq dalam konteks mazhab-mazhab fiqh Islam:

1.        Menurut istilah para ahli fiqh, talfiq ialah mengikuti suatu hukum tentang suatu peristiwa dengan mengambilnya dari pelbagai mazhab.
2.       Talfiq juga adalah sebutan bagi seseorang yang dalam beribadah mengikuti salah satu pendapat dari mazhab yang empat atau mazhab lain yang popular tetapi ia mengikuti pula mazhab yang lain dalam hal yang pokok atau salah satu bahagian tertentu.
3.       Ada juga ulama' yang mendefinisikan talfiq sebagai mengikuti atau bertaqlid kepada dua atau lebih imam mujtahid dalam melaksanakan suatu amal ibadah sedangkan kedua-dua imam yang bersangkutan tidak mengakui sahnya amal ibadah tersebut kerana tidak sesuai dengan pendapat mereka masing-masing.
4.      Ada juga yang mendefinisikan talfiq dengan beramal dalam suatu masalah menurut hukum yang merupakan gabungan dari dua mazhab atau lebih atau menentukan hukum suatu peristiwa berdasarkan pendapat pelbagai mazhab. 

Secara umumnya terdapat 3 pendapat tentang hukum talfiq:

Pertama:          Tidak boleh melakukan talfiq. Seseorang itu hendaklah tetap mengikuti satu mazhab sahaja.

Kedua:             Dibolehkan talfiq hanya dalam suasana terdesak atau berkeperluan. Tidak boleh melakukan talfiq dalam kehidupan harian.

Ketiga:             Dibolehkan talfiq dalam kehidupan sehari-harian tanpa terhad kepada suasana terdesak atau berkeperluan.
Pendapat yang benar dan sebab-sebabnya:Pendapat yang dianggap benar ialah pendapat yang ketiga, iaitu boleh melakukan talfiq di dalam kehidupan sehari-harian tanpa terhad kepada suasana darurat atau terdesak. 

Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
1.      Ketaatan yang diwajibkan ke atas umat Islam ialah kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan mazhab-mazhab. Peranan mazhab ialah memudahkan orang awam untuk mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah. Justeru mengikuti salah satu mazhab atau kedua-duanya atau kesemuanya tetap akan membawa seseorang kepada ketaatan al-Qur’an dan al-Sunnah.

2.      Flowchart: Document: Memilih-milih antara aja-ran mazhab (talfiq) tidak boleh dilakukan semata-mata atas alasan mencari yang mudah kerana ini bererti meremehkan agama yang akhirnya akan me-nyebabkan dia terkeluar daripada syari‘at Islam.Semua ajaran mazhab fiqh Islam yang empat: Mazhab Hanafi, Maliki, al-Syafi‘e dan Hanbali adalah berdasarkan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Mengikuti salah satu daripadanya atau kedua-duanya atau kesemuanya tidak mengeluarkan seseorang itu daripada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.

3.      Semua mazhab fiqh Islam adalah betul, tidak ada satu yang lebih betul daripada yang lain dan tidak ada satu yang lebih lemah daripada yang lain.

4.      Jika dikaji sejarah kelahiran mazhab-mazhab fiqh Islam, tujuan asal para imam mazhab ialah menyampai dan memudahkan pengajian ilmu kepada orang ramai. Orang ramai boleh memilih daripada siapa mereka hendak menerima ilmu tersebut tanpa terbatas kepada seorang imam sahaja.

5.      Jauh sekali daripada tujuan asal para imam mazhab untuk membataskan seseorang kepada ajaran mereka sahaja. Para imam mazhab tidak pernah melarang murid-murid mereka untuk mengikuti ajaran mazhab yang lain.

6.      Para tabi‘in, iaitu generasi umat yang menyusul sesudah generasi sahabat, sering kali menjadikan ijtihad para sahabat sebagai ikutan di samping al-Qur’an dan al-Sunnah. Kebanyakan sahabat adalah juga seorang mujtahid dan mereka berijtihad di dalam persoalan-persoalan yang baru timbul pada zaman mereka yang tidak disentuh secara terperinci oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Hasil ijtihad para sahabat digelar sebagai mazhab mereka, justeru wujud pada zaman tersebut Mazhab Ibn ‘Abbas, Mazhab Ibn Mas‘ud, Mazhab Ibn ‘Umar, Mazhab Hudzaifah bin Yaman, Mazhab ‘Ali bin Abi Thalib, Mazhab A’isyah dan puluhan lagi. Para tabi‘intidak pernah membataskan ikutan mereka kepada mazhab seorang sahabat sahaja dan para sahabat juga tidak pernah membataskan para tabi‘in untuk mengikuti mazhab mereka sahaja. Setiap orang bebas melakukan talfiq kepada mana-mana mazhab para sahabat.

7.      Para imam mazhab sendiri selain daripada merujuk kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, juga merujuk kepada ijtihad para sahabat. Namun mereka, para imam mazhab, tidak pernah membataskan rujukan mereka kepada mazhab seorang sahabat sahaja.

Analisa Pendapat.Pihak yang melarang talfiq sebenarnya tidak memiliki apa-apa dalil atau hujah kecuali sangkaan dan imaginasi mereka sahaja. Bagaimana mungkin dilarang talfiqpadahal al-Qur’an dan al-Sunnah tidak pernah melarangnya ? Sidang penyusun Ensiklopidi Hukum Islam menulis:

Tidak ada satu nas al-Qur’an atau Hadis yang menyatakan bahawa talfiq dilarang. Di samping itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika berhadapan dengan dua pilihan yang dibenarkan agama selalu memilih yang paling mudah dan ringan (HR-Bukhari, Tirmizi dan Malik).

Hal ini sejalan dengan dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam surah al-Baqarah 02, ayat 185 yang ertinya Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu.

 Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: Dan Dia (Allah) sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Maksud surah al-Hajj 22, ayat 78).

Pihak yang melarang talfiq dalam ertikata yang lain mewajibkan umat Islam mengikuti satu mazhab tertentu sahaja. Ini adalah satu kewajipan yang tertolak. Sa‘id Ramadhan al-Buti menetapkan:
Permasalahan yang tidak diperselisihkan …… (ialah) tidaklah menjadi suatu kewajipan bagi seorang muqallid (pengikut mazhab) untuk mengikuti salah satu mazhab tertentu dan tidaklah menjadi suatu keharaman baginya untuk berpindah-pindah mazhab. Begitu juga, telah menjadi kesepakatan kaum muslimin bahawa seorangmuqallid dapat memilih dan mengikuti salah satu imam mujtahid jika diyakini tentang kebenaran mazhab-mazhab mereka dan pendapat-pendapatnya, seperti seorang yang berpindah-pindah kepada salah satu daripada empat imam mazhab.
Maka seandainya sekarang ada yang melarang untuk berpindah-pindah mazhab, orang itu telah masuk ke dalam kategori fanatik yang menyesatkan yang telah menjadi kesepakatan kaum muslimin untuk meniadakannya (tiada dalil untuk mengharamkan).Suatu yang harus diketahui oleh seorang peneliti, tidak ada perselisihan bahawa tidak ada hukumnya bagi seorang muqallid untuk tidak mengikuti satu mazhab sahaja atau berpindah-pindah ke mazhab yang lain. Ertinya, tidak ada kewajipan untuk terikat kepada salah satu mazhab tertentu, demikian juga tidak ada larangan untuk terikat kepada salah satu mazhab (sahaja).

No comments:

Post a Comment